SIAPA YANG TIDAK KENAL PELAKON KECIK MOLEK, AYDA JEBAT? MESKIPUN KURANG MENYERLAH KETIKA MENYERTAI AKADEMI FANTASIA, POPULARITI YANG DIKECAPI SELEPAS MEMBINTANGI DRAMARINDU AWAK 200%JELAS MEMBUKTIKAN DIA TELAH DITERIMA RAMAI.
Malah, percaturannya menerusi singleSiapa Dirikuturut membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan dan sering diputar di kebanyakan stesen radio.
Bagaimanapun kebelakangan ini,timbul tanda tanya ramai apabilaAyda dilihat sering memuatnaik berita atau laporan blog berkaitan isu politik yang tidak diketahui kesahihannya menerusi laman Facebook.
Apa yang jelas, berita dan laporan blog yang dikongsikan itu berbau anti kerajaan termasuk mengkritik kepimpinanPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara entri yang dimuat naik adalah satu artikel bertajuk BebaskanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dari Cengkaman Najib.
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Facebook atas nama Ayda Jebat yang mempunyai 122,927 Likes, benar-benar milik atau dikendalikan sendiri selebriti kelahiran Melaka ini.
Hal ini keranahasil pemeriksaan Mynewshub mendapati terdapat beberapa lagi laman Facebook lain yang menggunakan namaartis tetapi kemungkinan besar bukannya dikendalikan oleh mereka tetapi pihak tertentu yang menggunakannya untuk mendapat perhatiandan banyak Likes dengan cara mudah.
Bagi kami, molek kiranya Ayda memberi penjelasantentang akaun rasmi sebenar yang digunakan olehnya agar tidak menimbulkan salah faham peminat.
Tambahan pula, kita tidak mahu Ayda menerima nasib seperti penyanyiSoo Wincci yang menerima padah selepasmendesakPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
BACA:DESAK PM LETAK JAWATAN: SOO WINCCI SEDIA TERIMA PADAH
Soo Wincci sebelum ini, terpaksa menanggung hutang dan hampir muflis selepasbeberapa penaja konsertnya menarik diri ekoran tindakanmodel dan penyanyi itu mengkritik pentadbiran negara menerusi media sosial. MYNEWSHUB.CC
Sumber: mynewshub
0 Response to "LANTANG BERSUARA DI FACEBOOK AYDA JEBAT ANTI NAJIB"
Post a Comment