Tutor Peribadi Ini Baru Berusia 18 Tahun, Tapi Dah Ada 50 Pelanggan!

Bukan mudah untuk hidup lebih-lebih lagi dengan taraf hidup yang semakin tinggi.
Ada yang sampai kena buat dua kerja, semata-mata untuk menampung perbelanjaan harian.
Bagi pelajar pula, mereka perlu cari duit poket memandangkan mereka perlu keluar duit sendiri untuk kerja khusus dan macam-macam lagi.
Berbeza dengan wanita muda ini, dia menjadi tutor peribadi untuk mencari duit tambahan.

Gadis cantik ini baru berusia 18 tahun

3
Qistina Enara Haris, yang baru berusia 18 tahun merupakan penuntut Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya dalam jurusan Bahasa Inggeris.
Kisahnya yang menawarkan khidmat tutor menjadi viral sehingga ramai beranggapan bukan-bukan berkenaan tawaran terbabit.
Namun, gadis cantik ini tidak ambil pusing dengan tanggapan liar yang dilemparkan padanya.
“Hanya pelajar serius saja boleh mendaftar dan apa saya buat bukan main-main. Hormatilah keikhlasan saya menjadi tutor peribadi,” katanya.
Kata Qistina lagi, apa yang dilakukan adalah demi menjana wang tambahan bagi pembiayaan dan bayaran yuran kolej.

Sudah mula berniaga sejak usia 16 tahun

2
“Saya suka berdikari dan tidak mahu susahkan orang tua lebih-lebih lagi meminta daripada ibu. Dia juga perlu duit untuk menampung kami adik-beradik yang masih belajar memandangkan dia ibu tunggal.
Dia yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik ini sudah mudah mula berdikari sejak usia 16 tahun dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Menawarkan harga murah untuk khidmat tutornya

6
Lebih mengagumkan, Qistina menawarkan harga murah untuk caj khidmat tutornya dengan niat untuk membantu golongan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
“Saya mahu bantu orang susah yang perlukan bantuan mengubah cara pembelajaran dan meningkatkan mutu pendidikan.
“Setakat ini, saya sudah ada 50 pelajar yang mahu mendaftar dan mendapatkan khidmat saya. Bagaimanapun, saya terpaksa memilih dengan memberi keutamaan kepada mereka yang mahu belajar, selain perlu bahagikan masa untuk kuliah,” katanya.

Pelajar cemerlang SPM 2014

5
Qistina merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dengan keputusan 7A ketika belajar di SMK Cyberjaya.
Bagaimanapun, dengan rupa paras cantik, niatnya mencari wang perbelanjaan disalahertikan orang ramai sedangkan pernah menawarkan khidmat sama tahun lalu dengan mendapat empat pelajar.
“Ini anugerah dan tidak mahu guna wajah cantik untuk menarik perhatian ramai. Nak dapat ilmu, kita perlu serius.
“Ibu saya juga beri semangat dan percayakan dengan apa yang saya buat,” katanya yang turut aktif dalam aktiviti amal.

Turut melakukan pekerjaan lain seperti pelakon & model

7
Qistina yang juga pelakon dan model memberitahu, dia tidak mahu mempedulikan kata-kata umum mengenai dirinya dan tawaran khidmat tutor itu.
Kata Qistina yang menawarkan perkhidmatan tutor bagi Cyberjaya, Dengkil, Putra Perdana dan Seri Kembangan, dia dibantu abangnya yang juga mahasiswa universiti swasta di sini.
Harian Metro

0 Response to "Tutor Peribadi Ini Baru Berusia 18 Tahun, Tapi Dah Ada 50 Pelanggan!"

Post a Comment