Selepas bercuti selama hampir 2 bulan, esok bermula sesi persekolahan untuk tahun 2016.
Ingat lagi masa nak masuk darjah satu memang nervous gila, sebab kakak atau abang selalu cerita, cikgu semua garang-garang.
Tapi, ada beberapa perkara yang kita hanya akan lakukan bila tibanya hari pertama persekolahan.
Hari lain memang tak buat. Mengaku je la!
1. Sibuk tanya kawan-kawan tentang persiapan persekolahan
Kemain borak pasal persiapan persekolahan. Pakai baju brand apa, beg apa. Tapi kalau nak borak pasal belajar, memang tak la.
2. Gosok baju sekolah dua hari sebelum hari pertama persekolahan
Ni memang betul. Masa tu excited gila sampai mak korang cakap dah buang tebiat ke apa!
3. Sibuk nak balut buku & tulis nama pada buku
Perkara paling excited nak buat sebelum masuk sesi persekolahan. Kalau yang perempuan, tulisan tu nak kena cantik-cantik je.
4. Masukkan buku dalam beg, tapi bawa buku tulis je
Sebab tak dapat jadual lagi, memang bawa buku tulis je la masa hari pertama. Tapi, rasanya pengasah pensil gedabak tu tak perlu kot.
5. Tidur awal. Hari lain tak apa kalau tidur lambat
Jangan tak mengaku! Dek kerana excited nak sekolah, malam tu tidur bukan main awal. Hari lain lingkup, sampai mak korang jerit terkeluar anak tekak baru nak bangun!
Sumber: hasanova


0 Response to "6 Perkara Yang Korang Selalu Buat Sebelum Hari Pertama Persekolahan!"
Post a Comment